Sunday, June 8, 2014

Ajar Anak Matematik Kaedah Glenn Doman

Mengajarkan Matematik pada bayi dan kanak-kanak dengan Dot Cards (Kaedah Glenn Doman)

Menurut satu kajian yg dijalankan oleh Institutes of Achieving Human Potential, anak-anak dilahirkan dgn kebolehan untuk memahami kuantiti melalui penglihatan. 
Berdasarkan kepada sebuah filem bertajuk Rainman yang telah diterbitkan pada 1988 mengisahkan seorang autistik yang bernama Raymond mampu untuk mengira jumlah pencungkil gigi yang jatuh ke lantai dengan hanya melihatnya sahaja. Disini boleh dilihat bahawa otak manusia sungguh luar biasa! Oleh itu tidak mustahil untuk melatih otak kanak-kanak menjadi luar biasa dan mereka mungkin akan kehilangan kemampuan luar biasa ini jika  tidak dibantu atau diasah otak mereka menjadi seorang yang luar biasa
Glen Doman telah memperkenalkan kaedah dots bagi membantu kanak-kanak belajar mengaplikasikan kebolehan tersebut.

Apakah KAEDAH DOTS?

Kaedah ini menggunakan kadimbasan dengan dots, menambahkan jumlah dots di atas kad, memperkenalkankan kanak-kanak kepada kuantiti, kemudian kepada operasi pengiraan melalui kuantiti tersebut, dan akhirnya menguasai pengiraan matematik ke tahap yang lebih kompleks. 


Oleh sebab kanak-kanak mempelajari operasi matematik dengan menggunakan dots(kuantiti) tidak dengan angka (simbol yg tak bermakna!), maka mereka belajar dengan cara MEMAHAMI bagaimana utk menyelesaikan masalah pengiraan, berbanding dengan mengingat formula-formula untuk mendapatkan jawapan yg tepat.

Apakah ia berkesan?


Keberkesanan kaedah ini pastinya bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri dan usaha kedua ibubapanya/guru. Melalui proses pembelajaran kaedah ini.. insyaAllah dapat melatih dan menajamkan daya penglihatannya serta anak-anak dapat menghabiskan masa dengan penuh berkualiti dan menyeronokkan. Selamat mencuba! : D 

Bahan yang digunakan:

  1. Seratus potong kertas manila putih berukuran 28 x 28 cm, masing-masing pada salah satu mukanya ada DOTS atau bola merah dengan diameter 2 cm.
  • Bola-bola ini berjumlah dari 1 hingga 100 pada kad terkini. Dibalik kad terdapat angka yang menyatakan jumlah bola yang ada.
  • Dots / bola digambarkan secara rawak / menegak di atas kertas tersebut.
  1. Seratus potong kad yang lebih kecil 14 x 14 cm bertuliskan satu angka merah setinggi 12.5 cm bermula dari angka 1 hingga 100 pada kad terakhir.
  • Warna merah dipakai kerana ia akan menarik perhatian si anak.





A ) Mengenal Bilangan (Kuantiti)

Cara mengajarkan:

  1. Ambil kad yang ada SATU bola merah sahaja. Sekarang angkatlah kad tersebut di luar jangkauan tangannya dan katakan kepadanya, "INI SATU". (Jangan sampai si anak melihat benda-benda lain.)
  2. Tunjukkan kepadanya sepantas mungkin. Dua atau tiga saat.
  3. Kemudian letakkan kad tersebut terbalik di pangkuan kita. Pada mulanya anda akan merasa janggal. Namun demikian, semakin kita mahir menggunakan kad-kad itu, semakin cepat anak kita dapat memahaminya. Perlu diingat bahawa angka hanyalah simbol yang mewakili nilai dari bilangan.
  4. Sekarang angkatlah kad kedua, dan katakan, "INI DUA".
  5. Lakukan seterusnya hingga kad berjumlah SEPULUH BOLA. Seluruh proses ini memakan masa kurang dari seminit.
  6. Lakukanlah setiap hari. Dalam masa lima hari ia telah mengetahui fakta-fakta nyata dari angka satu sampai sepuluh, tetapi jangan meyuruhnya untuk membuktikan hal itu lebih dahulu.
  7. Pada hari keenam, kita singkirkan kad 1 dari kesepuluh kad di pangkuan dan menambah kad 11.
  8. Pada hari ketujuh, kita singkirkan kad 2 dan menambah kad 12.
  9. Terus lakukan seperti itu hingga angka 100. Kegiatan ini kurang lebih akan memakan masa tiga bulan.

Yakinlah, kegiatan ini akan menghasilkan kemampuan anak yang luarbiasa. Kini ia akan dengan cepat dapat membezakan empat puluh lima bola dan empat puluh enam.

B ) Mengenal operasi TAMBAH


Pada hari ke-30, anda telah memperlihatkan hingga 35 bola. Semakin banyak yang ditunjukkan bola-bola kepada anak bermakna anda mulai mengajarkan operasi penambahan.
Langkah mengajarkan penambahan :
  1. Letakkan bola-bola merah berjumlah dua hingga sepuluh ( 2 – 10 ) di pangkuan anda.
  2. Semuanya menghadap ke bawah dan kad berbola dua (2) diletakkan paling atas susunan itu.
  3. Dengan semangat katakanlah, "satu tambah satu sama dengan dua " ( 1 + 1 = 2). Kemudian kita perlihatkan kad berbola dua. Perlihatkan tidak lebih dari satu saat. Jangan menjelaskan erti kata-kata "tambah" atau "samadengan". Katakanlah, "Satu tambah dua samadengan." Jangan katakan.. " satu tambah dua menjadi ...." Jika kita mengajar fakta-fakta kepada anak-anak, mereka dapat menarik kesimpulan tentang undang-undang-hukumnya lebih tepat dan cepat.
  4. Kemudian katakan, "SATU tambah dua sama dengan tiga" ( 1 + 2 = 3) hingga.. "satu tambah sembilan sama dengan sepuluh" ( 1 + 9 = 10 ) yang kemudian kita memperlihatkanhasilnya. Lakukanlah tiga kali pada hari pertama, sambil kita meneruskan untuk memperlihatkan kad-kad berbola sebanyak tiga kali sehari. Sebaiknya dilakukan ketika daya fokus anak sedang di kemuncak agar anak lebih mudah menangkap pembelajaran.
  5.  Pada hari ke-31, ajarkan anak DUA tambah dua, tambah tiga, dan seterusnya hingga tambah lapan. (2 + 2... 2 + 8 ) Apa yang kita ajarkan adalah erti dari bunyi kata "tambah" dan "Samadengan".
Percaya atau tidak, pada saat kita bertanya "Dua tambah empat samadengan enam" kepada seorang dewasa maka akan terlintas 2 + 4 = 6. Tetapi pada seorang anak akan terlintas dua bola tambah empat bola samadengan enam bola !
Sampai hari ke-31 anak sudah mengenal jumlah yang sebenarnya sampai dengan 40 dan telah dapat menambah dalam gabungan kesemua yang ada sampai dengan 10. Pada tahap ini, anak telah memahami operasi "tambah" dan "Samadengan" walaupun kita tidak memberitahunya.

Mulai hari ke-36, kita tidak perlu mengajarkan dengan urutan tertentu lagi. Anak sudah memahami. Sekiranya anak diberikan soalan penambahan maka dengan cepat ia akan mampu untuk menjawab.

C) Mengenal operasi TOLAK

Pola ini sama dengan pola penambahan.

  1. Katakan "sepuluh tolak satu samadengan sembilan " (10 – 1 = 9). Dan perlihatkan sejenak kad berbola sembilan. Kemudian katakan "sepuluh tolak sembilan samadengan satu" (10 – 9 = 1).
  2. Pada hari ke-41 ajarkan anak mulai dari duapuluh tolak satu sampai dengan dua puluh tolak sembilan belas. (20 – 1... 20 – 19) Maka anak2 anda sekarang sedang menerima sembilan waktu belajar yang ringkas setiap hari dengan mengikut urutan seperti berikut: Kad-kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan. Pada hari ke-42 mulakan dengan tigapuluh tolak satu hingga tigapuluh tolak duapuluh sembilan (30 – 1... 30 – 29).
  3. Pada hari ke-43 mulakan dengan soalan2 penolakan dalam bentuk dan urutan yang tidak teratur sehingga jumlah 48. Contoh; 31 – 2... 48 – 29... 20 – 10... 34 – 6...

D) MEMECAHKAN SOALAN.

Kini anak akan mula diajar tentang memecahkan soalan, ingat bukan mengujinya lagi. Mulakan dengan bilangan-bilangan nombor.
  1. Berlutut menghadap anak. Ambillah kad dengan 18 bola dan 25 bola.
  2. Kemudian mintalah si anak untuk menunjuk pada 25. Permintaan ini diajukan sambil lalu dan riang.
  3. Jangan suruh anak mengucapkan dua puluh lima, sebab kita bukan sedang mengajar anak berbicara, tetapi sedang mengajar matematik!
  4. Jika anak agak lambat untuk menjawab, katakan dengan gembira, "Yang ini, bukan?" sambil mengangkat kad 25 bola. Inilah cara mengajar yang jujur.
  5. Ulang lagi sehingga anak dapat menunjuk dengan betul. Jika ia dapat menjawabnya, pujilah dan peluklah. Katakan kepadanya dia seorang anak yang terpandai yang pernah kita kenal. Hal ini memang betul bukan? Apabila kita berjaya menimbulkan kegembiraan, anak akan mudah menaruh minat pada matematik untuk selamanya. Anak akan menjadi yakin bahawa matematik lebih seronok berbanding "Gula-gula". Teruskan mengajar seperti itu dan InsyaAllah anak2 akan lebih cepat meningkatkan prestasinya : )
  6. Kemudian beralih pula kepada operasi tambah dan tolak.
  7. Jangan berikan waktu khusus untuk memecahkan soalan-soalan, tetapi cuba campur adukkan atau lakukannya bila-bila masa sahaja apabila anak merasa senang. Jangan beri tekanan kepada anak.

D) Mengenal operasi DARAB

  1. Hari ke-50, katakan kepadanya kita ingin mengajar pendaraban. Lakukan hal yang sama seperti dahulu.
  2. Lalu katakan, "dua darab dua samadengan empat" (2 x 2 = 4) sambil memperlihatkan kad berbola empat. Teruskan sampai "Dua darab lima samadengan sepuluh" (2 x 5 = 10).
  3. Pada hari ke-51, mulai dengan "tiga darab tiga samadengan sembilan’’ (3 x 3 = 9). Akhirnya "tiga darab lapanbelas samadengan lima puluh empat" (3 x 18 = 54) .
  4. Sampai hari ke-58 kita sampai kepada "sepuluh darab enam samadengan enam puluh "(10 x 6 = 60). Pada waktu mengajarkan pendaraban kita boleh menyelitkan satu soalan perdaraban.

E) Mengenal operasi BAHAGI

  1. Pada hari ke-60 katakan kepada anak kita mengajar operasi bahagi.
  2. Bermula dengan "Empat bahagi dua samadengan dua" (4 / 2 = 2) hingga “enam puluh empat bahagi dua samadengan tigapuluhdua" (64 / 2 = 32) .
  3. Pada hari ke-68 kita sampai pada "tujuh puluh dibahagi sepuluh samadengan tujuh" (70 / 10 = 7).

Kadang-kadang cuba selangi dengan soalan pembahagian.

F) Persamaan

  1. Pada hari ke-70, kita mula mengajar anak persamaan. Katakan kepadanya kita sedang mengajarkan persamaan dengan riang gembira.
  2. Sebetulnya anak sudah mengetahui semua persamaan dua langkah. Sebab, memang 2 + 3 = 5, 70 – 31 = 39, 8 x 8 = 64. 2) Sekarang berikan soalan persamaan tiga langkah. Contohnya "tujuh tambah tigabelas tolak tiga samadengan tujuhbelas” (7 + 13 - 3 = 17). Kemudian perlihatkanlah kad berbola 17.
  3. Setelah kita mengajarkan tiga langkah persamaan maka lanjutkanlah dengan langkah-langkah yang lain.

G) Mengenal ANGKA.

  1. Langkah ini amat mudah. Sekarang kita mengambil kad2 yang bertuliskan angka (kad dgn ukuran 14 x 14 cm). 
  2. Angkat kad yang bertuliskan 1 berwarna merah, dan katakan "ini satu". 
  3. Lakukan seterusnya hingga hari ke-99. InsyaAllah.. anak akan mengetahui semuanya

Yakinlah apa yang kita ajarkan akan menghasilkan keputusan yang memuaskan. : )


(Sumber: Drajat, penulis buku "Bersahabat dengan Matematika")

No comments:

Post a Comment