Sunday, February 3, 2019

Jom main sambil belajar. Bantu anak belajar matematik.


Assalamualaikum,
lama tak update...
busy layan anakanda.

Tahun 2019,
anakanda Syafi masuk sekolah Tabika Kemas.

Aktivit harian macam biasa jer,
just layan worksheet yang mama buat.

Layan hafazan.

Cuti sekolah ni,
mama buatkan lagi worksheet untuk Syafi.

Just simple game je.

Kat bawah ni adalah aktiviti penambaha
dan cara hafal sifir 2, 3, 7 melalui cara bermain.

Main, sebut dan tulis...

Dan pengulangan sangat la penting, kan?
So mama buatkan worksheet latihan sekali.

Untuk ibu ayah,
boleh search kat you tube: NUMBER WHEEL
sebelum main dengan anak2 ye.

Selamat bermain (^____^)v
Semoga bermafaat.

Komen sikit, anak ibu ayah sekarang
suka belajar tentang apa?













Monday, January 7, 2019

Untuk anak yang pertama kali masuk sekolah.


Assalamualaikum,

Anakanda Syafi suka jadual sebab anakanda jenis visual learner.
Tapi kan, bila mama buatkan jadual ni.
Senyap2 je dia lipat kecil dan hilangkannya.
Puas dah mama tanya, kat mana Syafi sorok, dia diam.
Ciss...

Hahaha... takpe, nanti mama perah lagi otak
buat jadual lain yang lagi seronok dipandang.


Ini rutin harian pagi hari anakanda Syafi.
Sangat berguna sebab anakanda tak mahu pakai baju sekolah biru.
Hahaha. Setelah pujuk slow2, minggu ke-4 baru nak pakai
baju seragam yang penuh...



Kat sekolah anakanda tak beri kerjasama. 
Tak follow arahan cikgu huhuhu.

Jadi, mama tolong anakanda dengan buat BrainGrowth ni
Audio dan visual....


Semoga Allah bantu anak Syafi melalui setiap saat susah dan senang. Amin...

Monday, October 1, 2018

[Iqra] Furqan, cara bezakan mahraj

Panduan untuk ibu bapa dan guru sebelum mengajar Buku Al-Furqan.
Boleh print, laminate dan tampal.

Semoga dapat dimanfaatkan. Selamat berjaya dunia akhirat, amin.

Friday, June 29, 2018

Jadual waktu solat untuk anak


 Assalammualaikum
 Hai semua.

Syafi dah tahu waktu solat dan baca jarum jam (yang basic).
Mama just nak train Syafi tidur awal untuk bangun awal dirikan
solat Subuh kat surau dengan babah dia.


Kalau nak edit, boleh download jadual PSD disini, ya.


 Doakan Syafi jadi anak soleh dan diberi kemudahan
untuk menghafal Quran, amin.