Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, March 28, 2018

Dua for kids - Doa Agar Mencintai & Dicintai Allah

#DoaBaru #HafalDoa

Alhamdulillah, Syafi dah hafal doa untuk ibu bapa yang sebelum ni
Next, kita hafal lagi doa tentang cinta pulak...


Doa yang asal, agak panjang sebenarnya...

Silakan download dan letakkan gambar kegemaran anak-anak anda supaya dia tertarik untuk melihat banyak kali helaian doa yang anda print.

Klik sini untuk download - file dalam bentuk PSD (photoshop)

Selamat menghafal (^_^)v

.
.
.
Sekian, salam sayang,
doakan untuk Muhammad Syafi ya


****************

Doa Agar Mencintai & Dicintai Allah

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ

Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu
allahumma innii as aluka hub-baka

وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ

dan cinta orang yang mencintaiMu,
wa hub-ba may-yuhib-buka

وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ

amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu.
wal’amalal-ladzii yuballighuniii hub-baka

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ

Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu
allahummaj ‘al hub-baka

أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى

lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri,
ahab-ba ilay-ya min nafsii

وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

keluargaku, dan air dingin.
wa ahlii wa minal maa-il baarid

(HR Ahmad & Tirmizi)

Saturday, March 10, 2018

Doa untuk Ibu Bapa

Doa ni dah biasa Syafi dengar dalam CD,
saje, baru nak print.
untuk mama confirmkan yang
Syafi betul-betul dah hafal.
Tambah semaklah rumah 😂😂😂
tampal sana sini.
Doa untuk ibu bapa

رَّبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

 Wahai Tuhanku, ampunilah diriku dan kedua ibu bapaku
dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku sejak aku kecil.

(Surah Al-Isra, 17: 24) 


Syafi nak gantung kat sini... Kotak tabung dia.
Mama layankan sahaja la ye.