Showing posts with label Tips Prof. Dr Rozieta. Show all posts
Showing posts with label Tips Prof. Dr Rozieta. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

Oleh: Ibu Rose

October 2, 2012 at 11:21am



Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Tuesday, August 5, 2014

APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG

Status Update
By Prof. Dr. Rozieta Shaary
APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG

Soalan:
Assalamualaikum ibu..sy ade ank sorang lelaki n sorang perempuan..bln 10 abg 3y..adk 1y2m..masalah sy..abg ni salu sgt pukul n tendang org..sy pn die pukul n tendang..mmg xdgr ckp..langsung xmkn saman..sebagai manusia biase kdg2 kesabaran sy ilang jugak..sy penah je pukul die ngan tgn..smpai tahap kalau sy da xleh control mmg sy bg je hanger kt die..tp nnt ble tdo mlm mula menyesal x sudah..tp perangai die sgt2 mencabar ksebaran nkeimanan..sy dok ngan fmly sbb hsbnd keje kt johor..sy kt shah alam..sy thu kdg fmly sy pn ilang sabar ngan kerenah die..mungkin ni balasan tuk sy yg dl salu xdgr ckp parents..tolong la sy ibu..

Jawapan:
Pertama, ucapan ribuat terima-kasih dan syabas kepada yang telah bertanya ini.

Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.

Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.

Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijap dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.

Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.

Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.

Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.

Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga.Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.

Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.

Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.

Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.

Itu sebabnya di dalam Hadith Qudsi;
Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku....

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.

Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.

Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.

Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.

Inilah O - Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.

Rumusan langkah-langkah yang perlu diambil:
1- Minta ampun dengan Allah - Solat Taubat
2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka
3- Maafkan diri anda
4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan
5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak.

Ibu mendoakan agar puan diberi Allah kejayaan dalam mendidik semua anak-anak puan.

Wednesday, July 2, 2014

Penyelesaian Anak- anak Bergaduh Mainan


Kadang-kadang kita berjumpa situasi emak ayah membiarkan saja anak-anak mereka berkelakuan kurang baik di rumah orang atau dengan barang orang lain. Contohnya, mengambil toys anak kita dan merosakkannya.
Kita faham kanak-kanak itu masih kecil dan nak dimarah pun rasa tak sesuai pula kerana mereka bertandang ke rumah anda.

Siapa pernah di dalam situasi ini dan bagaimana anda menyelesaikannya dengan baik?

Satu perkara lagi ialah anda sebagai ibu atau ayah melihat anak-anak anda berkelakuan kurang baik, seperti berebut toys dan menyakiti anak kawan-kawan anda di mana anda datang berkunjung?

Pernahkan anda di dalam situasi ini dan apakah yang anda lakukan dan telah berjaya memperbaiki keadaan?

Sila kongsikan.
Jiett Norzita  

Jika ada yang ingin bertandang saya selalu tanya pada anak saya....

"adakah kamu mahu berkongsi permainan dengan si polan si polan?"

Jika jawapannya ya... maka saya akan benarkan dia mengeluarkan permainan untuk bermain bersama. 

Jika mereka berkata tidak... saya akan menasihatkan mereka supaya menyimpan permainan tersebut.

Biasanya anak2 ni mereka sendiri sudah boleh determine siapa yang boleh dikongsi permainan.

Saya selalu ingatkan anak bahawa jika kita elak dari bergaduh, maka kita lagi setapak maju utk ke syurga.

Jadi anak2 ini sendiri akan merangka plan sekiranra bertemu pasangan bermain yg jenis"sukar" (sekalipun), konflik jika ada, tidak terlalu serious. 

Jika pasangan bermain tersebut sangat sukar, maka biasanya anak2 saya akan memilih utk tidak mengeluarkan permainan, tetapi mereka akan mengeluarkan buku mewarna untuk mewarna bersama.

Alhamdulillah di rumah orang anak2 saya lebih behave. Ini kerana sebelum bertandang, saya akan berpesan dan mengingatkan mereka bahawa kita x blh makan selain dipelawa, tidak boleh mengambil barang orang melainkan diberi. Setakat ini Alhamdulillah mereka ingat.

  

http://arabickids.islamicparentingnetwork.net/wp?ref=Iman-501

Wednesday, May 7, 2014

Mengapa Anak Berbohong

Salam Semua,

Diantara sebab mengapa anak bercakap bohong.
1- takut dimarah jika bercakap benar dan mengaku
2- pada dia memang benda itu benar. Kerana pandangan anak kecil berbeza. Tapi kalau dah remaja, itu cerita lain pula
3- mungkin ada orang dewasa di sekelilingnya yang suka menipu dgn sengaja atau tidak. Contoh, nak suruh anak diam menangis kata nanti polis datang!
4- dia pernah melihat bila orang itu mengaku bersalah dia dihukum dicaci dan dihina dengan teruknya.
Salam Kasih.