Thursday, January 23, 2014

Kisah Pam Elektrik Lagi

Alhamdulillah... rezeki Allah bg kt imam kecil Syafi utk sarapan esok pagi...

Seronok bila ada pam ni. Dah xde pembaziran. Sebelah tangan pegang baby, sebelah lg tangan pegang pam. Ni la hasil yg dikumpulkan hehheee...

Thanks 2 teknologi. Harap 1 ari nnt Msia blh produce sendiri produk yg camni. No more excuse Ok




Saturday, January 18, 2014

Memilih Breastpump Elektrik


Alhamdulillah.... Muhammad Syafi tidur dengan lenanya selepas minum susu yang diperah secara manual. Baby dah jarang merengek lagi sekarang. Lebih lena lagi tidurnya lepas satu badan di "spa" dengan tungku. Semuanya nenek buat. hehehe, sukanya...



Hari ni, Sabtu... pam eletrik yg babah belikan dah sampai rumah. Alhamdulillah, dah x sakit tangan lagi... letih pam manual tau ^_^

Paling best sekali, pam ni boleh sedut baki2 susu. Kalau guna tangan agak menjenuhkan sehingga mengundang rasa malas datang uhuhuu...


Best & rasa seronok dapat guna pam elektrik ni. Ada 5 button kelajuan/kekuatan sedutan yg boleh dipilih.


Dapat FREE accessories jugak. Suka.

 Kat bawah ni gambar atas kotak...






Friday, January 17, 2014

Puting Pilihan

Dah seminggu ajar Muhammad Syafi minum dalam botol. Sebab baby dah makin berat heheheee, so, dah x larat nk dukung baby Syafi lagi sambil jari-jari menekan papan laptop. B Syafi kalau menyusu ada la dekat 2-3jam. Makin lama, makin x mahu lepas. 



Hari ni... terpaksa keluar rumah cari puting baru. Syafi asyik menangis je bila disumbat mulutnya dengan botol susu yg penuh dgn susu yg baru dipam dari dua2 belah. Mak suruh beli puting baru kat The Store.


Akhirnya, beli jenama Fiffy. Tu jer yg ada. Harga asal Nipple (Latex) jenama Fiffy RM8.90 ajer. Dapat less sempena CNY. Alhamdulillah, rezki.


Then, aku try cari kt Watson. Terjumpa jenama NUK. Tapi, xde rezki sebab xde puting untuk newborn. Jadi, terpaksa la beli yg siap dengan botol. Harganya RM24.90.




Ini laa koleksi puting yg Syafi adaaa. Allhamdulillah, 1st time jenama Fiffy ni masuk dalam mulut Syafi, laju aje susu dihisapnya. Habis. licin! Xde satu titik pun susu yg tertumpah ^_~


Alhamdulillah...
-usia M Syafi hari ni 51 hari-

Tuesday, January 14, 2014

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

(kalau nak apply klik jer gambar kt atas)



Surat Adik M Syafi daa sampai.....

Keje punyerlah banyak, ngade2 menambah keje yg sedia ada (dok sibuk isi borang ehheee)... alaaa online je pun!

d.a.p.a.t alhmdlh... hehhe... canelah ea agaknya nilai RM1500 dlm masa 18 tahun akan datang? agak2nya cam RM150 je kottt...

Xpela, org bagi kita amek la... sian org yg nk bagi tu kita tolak hajat dia ingin m'beri ehhehe.... jgn lupa gak cakap tengs kt hakikat si pemberi rezki






Friday, January 10, 2014

Mengajar Baby Syafi (sebulan) membaca





Kaedah Glenn Doman
(babah yang belajar kaedah ni masa kat UTM, dari Dr Sal rasanya)

Sudah 2 hari B Syafi belajar membaca ^_^

B Syafi nampak gembira belajar seawal 8pagi sebab B Syafi tak boleh tidur.
Waktu malam B Syafi akan qiam seawal 3 pagi sampai la ke Subuh.

Lepas Subuh, B Syafi tidur sekejap sekejap. Itu pun, lepas B Syafi kepenatan
bermain dengan nenek didapur.

#Main kejap, pastu tidur
#Tidur kejap, pastu bangun... ajak main lagi ^-^
#Kesempatan ni la B Syafi belajar baca


Thursday, January 9, 2014

MamaMily Untuk Pekatkan & Banyakkan Susu

Harga runcit RM70  dapat diskaun owner bagi RM2, alhmdulillah ^_^



Sejak B Syafi masuk sebulan, kerap sangat mintak ngempeng. Umie mengadu tangan sakit sbb krem dukung B Syafi dari awal pagi sampai pukul 11pagi.

Babah yang cadangkan beli coklat ni... Kata babah maybe sebab tak puas susu.
Coklat ni dirumus khas untuk pekatkan susu.

Pagi tadi, dalam pukul 11pagi babah & nenek pergi beli.

Terus buka & makan separuh. Rasa coklatnya seperti makan kek coklat yg pekat coco-nya, hehheee... masa kunyah rasa coklat, masa kemam & hisap rasa manis2 sikit, masa telan rasa cam pedas2 sikit.

1 biji 1 hari. Kalau umie rasa OK makan coklat ni, babah nak beli stok untuk setahun. Jimat kata babah hehehe.


Selalunya, umi bagi direct feeding aje pada B Syafi tapi sejak berat B Syafi jadi 4.02kg umi jadi rajin perah susu masukkan dalam botol hehehee. Berat.

Susah sikit bila perah manual ni sebab bila sampai 20ml cam dah x efektif nak mengepam. Babah dah beli pam elektrik sebenarnya 25 Oct 2013 yang lepas. Cuma pam tu belum sampai lagi (kapal akan sampai di  pelabuhan dalam 10-1-13), so, kena la sabar sikit, hehheee.

Mudah2an B Syafi membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dunia akhirat ye, aaamin


Monday, January 6, 2014

Bersunat di Poliklinik Umra



Hari ni B Syafi buat medical check-up & booking hari untuk bersunat di Poliklinik Umra pada hari Rabu 29-2-13, InshaALLAH ^_^

7-2-13 (Selasa)
Berat: 4.02kg
Tinggi: 52cm
Lilit kepala: 37cm

berbanding sebelum ni...
28-1-13 (Sabtu)
Berat: 3.8kg
Tinggi: 22"
Lilit Kepala: 14"

Semoga B Syafi membesar jadi anak yang taat pada perintah ALLAH & diredhai ALLAH dunia dan akhirat, amin

#Alhamdulillah

::Patut sejak akhir2 ni rasa berat bila susukan Syafi... tabgan cepat rasa kebas (sakittt), heheee, sabo je demi si kecil yg belum pandai bercakap & faham apa2::