Wednesday, February 26, 2014

Bintik merah timbul dimuka Syafi

Ketika aku diberi ujian bintik bintik merah timbul dimuka Syafi buah cintaku. Lalu, aku bertanya pd diri; kenapa aku menangis saat menilik setiap inci wajahnya yg gebu dan mulus ini? Adakah aku sedang mengagungkan ciptaan ALLAH yg Maha Indah ini?

Lalu hati berkata; adakah ALLAH juga seperti aku? menangis ketika melihat diri ku yg diciptakanNya dgn penuh kasih sayang tp dipenuhi dengan luka-luka kerana menzalimi diri sendiri.


Tidak ada satu saat pun yg berlalu tanpa ALLAH melihat aku.

Dia tahu segala sifat buruk yg cuba aku tutupi. Dia tahu aku lebih cintakan dunia berbanding cinta kepadaNya. Dia tahu aku lebih takut kehilangan cinta manusia berbanding kehilangan cintaNya.


ALLAH... akulah hamba yang selalu berbuat dosa. Ampunkan daku....


"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri...."

[An-Nisa: 79]







Sunday, February 16, 2014

Pam Susu

Sekali Syafi dah tdo memang susah sikit nk kejutkan. Tak larat nak buka  mata langsung. Apatah lagi nak buka mulut besar2, nipple uminya agak besar hehehee.

Badan Syafi melentik lentik kuat mengeliat.... Asyik mengeliat aje

Aduhai Muhammad Syafi.. Muhammad Syafi, budak kecik lembut hati...





Sunday, February 9, 2014

Amalan bagi kanak-kanak mudah tidur


PISANG - banyak khasiat kesihatan yang bolih disamakan dengan buah apel.

Pisang bolih memberi ketenangan dan mudakan kanak2 tidor. Sekarang ini ramai kanak2 hyperactive dan sukar tidor dan ibu bapa beri kanak2 ipod ipad dll untuk menidurkan.
Cuba beri makan pisang sebelum tidir. Kandungan tryptophan dalam pisang memudahkan kanak2 tidur.

Memang jadi amalan ibu2 dahulu kala untuk menyuap pisang yg dilenyek.