Thursday, June 26, 2014

Waktu Tidur Bayi - Tutorial Online Kaedah DarwishDarwisya


Soal Jawab 1


Assalamualaikum kepada semua Ahli Tutorial Online Kaedah DarwishDarwisya,

Soalan :Assalamualaikum Puan, Alhamdulilah, saya dapat ikut step didalam tutorial ini. Cuma saya belum berjaya lagi ubah jadual tidur anak (tak tidur lepas subuh & asar-maghrib) Selalunya dia suka tidur lepas saya mandikan (pukul 6.30ptg) Kadang2, lepas Isyak dia bangun… sampailah tgh malam masih tak mahu tidur. Waktu Subuh, dia masih tidur lagi. Puan boleh bg cadangan?
 Jawapan :Waalaikumussalam Puan, Saya ada katakan dalam Video saya yang anak mesti mengelak tidur atau ditidurkan waktu yang dilarang dalam Islam. Memang sudah menjadi biasa dalam masyarakat kita untuk tidak mengambil berat tentang waktu tidur asalkan bayi mereka sihat. Walhal, waktu yang dilarang ini mempunyai penyakit yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar iaitu penyakit mudah lupa. Saya cadangkan puan bangunkan anak puan waktu dia tidur yang dibolehkan. Contohnya puan kata dia tidur waktu subuh, maka bangunkan dia waktu subuh. Bila selalu rutinkan begitu, mudah-mudahan dia menjadi seorang yang mudah untuk bangun solat subuh bila agak besar sedikit nanti. InsyaAllah bila bangun awal maka dia akan mengantuk awal. Dia akan tidur dalam pukul 12 keatas. Ini akan menyebabkan waktu asar dia sudah terjaga dan tidak mengantuk lagi. Mudah-mudahan puan berjaya untuk mengubah rutin.

Tuesday, June 10, 2014

Mainan Syafi: Smart Shapes & Shape It


Hari ni Syafi dah masuk 6 bulan, 1 minggu & 6 hari... alhamdulillah.
Abi senyap2 je beli mainan ni. Katanya, untuk Syafi nanti boleh main.
Hahaha, sabar je la... 


  
Nama mainan ni: Smart Shapes

Ada 4 jenis warna pasir yang berlainan & "shapes" sekali

 haaa! ada sekali dengan buku panduan, senang kerja camni


 antara bentuk2 yang kita boleh ajar anak... 
dapat gerak otak kiri.. creativity ^_^


Nama mainan ni pulak: Shape It

Datang sekali dengan "Shape" & Pasirnya



Monday, June 9, 2014

Buku How To Teach Your Baby "Math" & To Swim


  Alhamdulillah dah sampai buku yang diidam-idamkan. Time to read.
Cuma sedih buku How To Teach Your Baby Read dah habis.

Kata MPh, buku ni sudah tidak diprint lagi....

Oooh sedihnya...

 

Jadinya, sebab dah xde, umi pun beli la buku lain... terbeli 2 buah buku ^-^
 

Product ID Title Quantity Price Discount (%) Discount Price Subtotal Status
9780757001857 How to Teach Your Baby to Read: The Gentle Revolution 1 0.00 0 0.00 0.00
This title is out-of-print (no longer in publication). Therefore, we do apologize for we are unable to fulfill your order for this title.

9789812688675 Berlitz Arabic Vocabulary Study Cards 1 39.90 0 39.90 39.90 Substitute title added
9780194596176 Oxford Phonics World 1 Student Book With Multi-ROMs The Alphabet 1 29.90 0 29.90 29.90
9780757001840 How to Teach Your Baby Math: The Gentle Revolution 1 53.90 20.00 43.12 43.12 Partial delivery on 09/06/2014
9780757001987 How to Teach Your Baby to Swim: From Birth to Age Six 1 59.90 20.00 47.92 47.92
9789830974712 Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu? 1 21.00 20.00 16.80 16.80





Grand Total: 177.64


Grand Total: 177.64
Total amount paid: 161.74
Balance (To be paid): 15.90

Sunday, June 8, 2014

Syfi jelir lidah


hari ni Syafi asyik jelir- jelirkan lidah... Syafi nak cakap apa tu??

Ajar Anak Matematik Kaedah Glenn Doman

Mengajarkan Matematik pada bayi dan kanak-kanak dengan Dot Cards (Kaedah Glenn Doman)

Menurut satu kajian yg dijalankan oleh Institutes of Achieving Human Potential, anak-anak dilahirkan dgn kebolehan untuk memahami kuantiti melalui penglihatan. 
Berdasarkan kepada sebuah filem bertajuk Rainman yang telah diterbitkan pada 1988 mengisahkan seorang autistik yang bernama Raymond mampu untuk mengira jumlah pencungkil gigi yang jatuh ke lantai dengan hanya melihatnya sahaja. Disini boleh dilihat bahawa otak manusia sungguh luar biasa! Oleh itu tidak mustahil untuk melatih otak kanak-kanak menjadi luar biasa dan mereka mungkin akan kehilangan kemampuan luar biasa ini jika  tidak dibantu atau diasah otak mereka menjadi seorang yang luar biasa
Glen Doman telah memperkenalkan kaedah dots bagi membantu kanak-kanak belajar mengaplikasikan kebolehan tersebut.

Apakah KAEDAH DOTS?

Kaedah ini menggunakan kadimbasan dengan dots, menambahkan jumlah dots di atas kad, memperkenalkankan kanak-kanak kepada kuantiti, kemudian kepada operasi pengiraan melalui kuantiti tersebut, dan akhirnya menguasai pengiraan matematik ke tahap yang lebih kompleks. 


Oleh sebab kanak-kanak mempelajari operasi matematik dengan menggunakan dots(kuantiti) tidak dengan angka (simbol yg tak bermakna!), maka mereka belajar dengan cara MEMAHAMI bagaimana utk menyelesaikan masalah pengiraan, berbanding dengan mengingat formula-formula untuk mendapatkan jawapan yg tepat.

Apakah ia berkesan?


Keberkesanan kaedah ini pastinya bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri dan usaha kedua ibubapanya/guru. Melalui proses pembelajaran kaedah ini.. insyaAllah dapat melatih dan menajamkan daya penglihatannya serta anak-anak dapat menghabiskan masa dengan penuh berkualiti dan menyeronokkan. Selamat mencuba! : D 

Bahan yang digunakan:

  1. Seratus potong kertas manila putih berukuran 28 x 28 cm, masing-masing pada salah satu mukanya ada DOTS atau bola merah dengan diameter 2 cm.
  • Bola-bola ini berjumlah dari 1 hingga 100 pada kad terkini. Dibalik kad terdapat angka yang menyatakan jumlah bola yang ada.
  • Dots / bola digambarkan secara rawak / menegak di atas kertas tersebut.
  1. Seratus potong kad yang lebih kecil 14 x 14 cm bertuliskan satu angka merah setinggi 12.5 cm bermula dari angka 1 hingga 100 pada kad terakhir.
  • Warna merah dipakai kerana ia akan menarik perhatian si anak.





A ) Mengenal Bilangan (Kuantiti)

Cara mengajarkan:

  1. Ambil kad yang ada SATU bola merah sahaja. Sekarang angkatlah kad tersebut di luar jangkauan tangannya dan katakan kepadanya, "INI SATU". (Jangan sampai si anak melihat benda-benda lain.)
  2. Tunjukkan kepadanya sepantas mungkin. Dua atau tiga saat.
  3. Kemudian letakkan kad tersebut terbalik di pangkuan kita. Pada mulanya anda akan merasa janggal. Namun demikian, semakin kita mahir menggunakan kad-kad itu, semakin cepat anak kita dapat memahaminya. Perlu diingat bahawa angka hanyalah simbol yang mewakili nilai dari bilangan.
  4. Sekarang angkatlah kad kedua, dan katakan, "INI DUA".
  5. Lakukan seterusnya hingga kad berjumlah SEPULUH BOLA. Seluruh proses ini memakan masa kurang dari seminit.
  6. Lakukanlah setiap hari. Dalam masa lima hari ia telah mengetahui fakta-fakta nyata dari angka satu sampai sepuluh, tetapi jangan meyuruhnya untuk membuktikan hal itu lebih dahulu.
  7. Pada hari keenam, kita singkirkan kad 1 dari kesepuluh kad di pangkuan dan menambah kad 11.
  8. Pada hari ketujuh, kita singkirkan kad 2 dan menambah kad 12.
  9. Terus lakukan seperti itu hingga angka 100. Kegiatan ini kurang lebih akan memakan masa tiga bulan.

Yakinlah, kegiatan ini akan menghasilkan kemampuan anak yang luarbiasa. Kini ia akan dengan cepat dapat membezakan empat puluh lima bola dan empat puluh enam.

B ) Mengenal operasi TAMBAH


Pada hari ke-30, anda telah memperlihatkan hingga 35 bola. Semakin banyak yang ditunjukkan bola-bola kepada anak bermakna anda mulai mengajarkan operasi penambahan.
Langkah mengajarkan penambahan :
  1. Letakkan bola-bola merah berjumlah dua hingga sepuluh ( 2 – 10 ) di pangkuan anda.
  2. Semuanya menghadap ke bawah dan kad berbola dua (2) diletakkan paling atas susunan itu.
  3. Dengan semangat katakanlah, "satu tambah satu sama dengan dua " ( 1 + 1 = 2). Kemudian kita perlihatkan kad berbola dua. Perlihatkan tidak lebih dari satu saat. Jangan menjelaskan erti kata-kata "tambah" atau "samadengan". Katakanlah, "Satu tambah dua samadengan." Jangan katakan.. " satu tambah dua menjadi ...." Jika kita mengajar fakta-fakta kepada anak-anak, mereka dapat menarik kesimpulan tentang undang-undang-hukumnya lebih tepat dan cepat.
  4. Kemudian katakan, "SATU tambah dua sama dengan tiga" ( 1 + 2 = 3) hingga.. "satu tambah sembilan sama dengan sepuluh" ( 1 + 9 = 10 ) yang kemudian kita memperlihatkanhasilnya. Lakukanlah tiga kali pada hari pertama, sambil kita meneruskan untuk memperlihatkan kad-kad berbola sebanyak tiga kali sehari. Sebaiknya dilakukan ketika daya fokus anak sedang di kemuncak agar anak lebih mudah menangkap pembelajaran.
  5.  Pada hari ke-31, ajarkan anak DUA tambah dua, tambah tiga, dan seterusnya hingga tambah lapan. (2 + 2... 2 + 8 ) Apa yang kita ajarkan adalah erti dari bunyi kata "tambah" dan "Samadengan".
Percaya atau tidak, pada saat kita bertanya "Dua tambah empat samadengan enam" kepada seorang dewasa maka akan terlintas 2 + 4 = 6. Tetapi pada seorang anak akan terlintas dua bola tambah empat bola samadengan enam bola !
Sampai hari ke-31 anak sudah mengenal jumlah yang sebenarnya sampai dengan 40 dan telah dapat menambah dalam gabungan kesemua yang ada sampai dengan 10. Pada tahap ini, anak telah memahami operasi "tambah" dan "Samadengan" walaupun kita tidak memberitahunya.

Mulai hari ke-36, kita tidak perlu mengajarkan dengan urutan tertentu lagi. Anak sudah memahami. Sekiranya anak diberikan soalan penambahan maka dengan cepat ia akan mampu untuk menjawab.

C) Mengenal operasi TOLAK

Pola ini sama dengan pola penambahan.

  1. Katakan "sepuluh tolak satu samadengan sembilan " (10 – 1 = 9). Dan perlihatkan sejenak kad berbola sembilan. Kemudian katakan "sepuluh tolak sembilan samadengan satu" (10 – 9 = 1).
  2. Pada hari ke-41 ajarkan anak mulai dari duapuluh tolak satu sampai dengan dua puluh tolak sembilan belas. (20 – 1... 20 – 19) Maka anak2 anda sekarang sedang menerima sembilan waktu belajar yang ringkas setiap hari dengan mengikut urutan seperti berikut: Kad-kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan. Pada hari ke-42 mulakan dengan tigapuluh tolak satu hingga tigapuluh tolak duapuluh sembilan (30 – 1... 30 – 29).
  3. Pada hari ke-43 mulakan dengan soalan2 penolakan dalam bentuk dan urutan yang tidak teratur sehingga jumlah 48. Contoh; 31 – 2... 48 – 29... 20 – 10... 34 – 6...

D) MEMECAHKAN SOALAN.

Kini anak akan mula diajar tentang memecahkan soalan, ingat bukan mengujinya lagi. Mulakan dengan bilangan-bilangan nombor.
  1. Berlutut menghadap anak. Ambillah kad dengan 18 bola dan 25 bola.
  2. Kemudian mintalah si anak untuk menunjuk pada 25. Permintaan ini diajukan sambil lalu dan riang.
  3. Jangan suruh anak mengucapkan dua puluh lima, sebab kita bukan sedang mengajar anak berbicara, tetapi sedang mengajar matematik!
  4. Jika anak agak lambat untuk menjawab, katakan dengan gembira, "Yang ini, bukan?" sambil mengangkat kad 25 bola. Inilah cara mengajar yang jujur.
  5. Ulang lagi sehingga anak dapat menunjuk dengan betul. Jika ia dapat menjawabnya, pujilah dan peluklah. Katakan kepadanya dia seorang anak yang terpandai yang pernah kita kenal. Hal ini memang betul bukan? Apabila kita berjaya menimbulkan kegembiraan, anak akan mudah menaruh minat pada matematik untuk selamanya. Anak akan menjadi yakin bahawa matematik lebih seronok berbanding "Gula-gula". Teruskan mengajar seperti itu dan InsyaAllah anak2 akan lebih cepat meningkatkan prestasinya : )
  6. Kemudian beralih pula kepada operasi tambah dan tolak.
  7. Jangan berikan waktu khusus untuk memecahkan soalan-soalan, tetapi cuba campur adukkan atau lakukannya bila-bila masa sahaja apabila anak merasa senang. Jangan beri tekanan kepada anak.

D) Mengenal operasi DARAB

  1. Hari ke-50, katakan kepadanya kita ingin mengajar pendaraban. Lakukan hal yang sama seperti dahulu.
  2. Lalu katakan, "dua darab dua samadengan empat" (2 x 2 = 4) sambil memperlihatkan kad berbola empat. Teruskan sampai "Dua darab lima samadengan sepuluh" (2 x 5 = 10).
  3. Pada hari ke-51, mulai dengan "tiga darab tiga samadengan sembilan’’ (3 x 3 = 9). Akhirnya "tiga darab lapanbelas samadengan lima puluh empat" (3 x 18 = 54) .
  4. Sampai hari ke-58 kita sampai kepada "sepuluh darab enam samadengan enam puluh "(10 x 6 = 60). Pada waktu mengajarkan pendaraban kita boleh menyelitkan satu soalan perdaraban.

E) Mengenal operasi BAHAGI

  1. Pada hari ke-60 katakan kepada anak kita mengajar operasi bahagi.
  2. Bermula dengan "Empat bahagi dua samadengan dua" (4 / 2 = 2) hingga “enam puluh empat bahagi dua samadengan tigapuluhdua" (64 / 2 = 32) .
  3. Pada hari ke-68 kita sampai pada "tujuh puluh dibahagi sepuluh samadengan tujuh" (70 / 10 = 7).

Kadang-kadang cuba selangi dengan soalan pembahagian.

F) Persamaan

  1. Pada hari ke-70, kita mula mengajar anak persamaan. Katakan kepadanya kita sedang mengajarkan persamaan dengan riang gembira.
  2. Sebetulnya anak sudah mengetahui semua persamaan dua langkah. Sebab, memang 2 + 3 = 5, 70 – 31 = 39, 8 x 8 = 64. 2) Sekarang berikan soalan persamaan tiga langkah. Contohnya "tujuh tambah tigabelas tolak tiga samadengan tujuhbelas” (7 + 13 - 3 = 17). Kemudian perlihatkanlah kad berbola 17.
  3. Setelah kita mengajarkan tiga langkah persamaan maka lanjutkanlah dengan langkah-langkah yang lain.

G) Mengenal ANGKA.

  1. Langkah ini amat mudah. Sekarang kita mengambil kad2 yang bertuliskan angka (kad dgn ukuran 14 x 14 cm). 
  2. Angkat kad yang bertuliskan 1 berwarna merah, dan katakan "ini satu". 
  3. Lakukan seterusnya hingga hari ke-99. InsyaAllah.. anak akan mengetahui semuanya

Yakinlah apa yang kita ajarkan akan menghasilkan keputusan yang memuaskan. : )


(Sumber: Drajat, penulis buku "Bersahabat dengan Matematika")

Ajar Anak Membaca Kaedah Glenn Doman

Ajar Anak Membaca - Glenn Doman

 
Kaedah membaca yang perlu ditempuhi oleh setiap anak adalah sama pada setiap usia.

Tahap 1 

Mula dengan 15 patah perkataan (yang familiar dan digemari oleh bayi)
  1. Hari 1 : 5 perkataan (set 1), imbas dan sebut perkataan yang tertera  >>> 3 sesi
  2. Hari 2 : 5 perkataan (set 2) + (set 1)  >>> 3 sesi
  3. Hari 3 : set1+set2+set3  >>> 3 sesi
  4. Hari 4 : 2 set SELF words (+set1+set2+set3)  >>> 3 sesi
  5. Hari 5 : Sisihkan satu perkataan dalam Set 1, dan tambahs atu perkataan Set 4
Mula dengan SELF words (Tubuh Badan) – kemudian HOME words (Alat dalam rumah dsb)
(50 patah perkataan termasuk 15 perkataan pertama dalam set 1-2-3)

Tahap 2

Ajar bayi bina 2 perkataan (biar anak yang pasangkan perkataan . Buat pasangan perkataan sebanyak yang mungkin dari perkataan yang bayi dah tahu. (mudahnya, ajar perkataan warna atau sifat – besar, kuat, panjang dsb)

Tahap 3

Ajar frasa. Tambah 1 perkataan “perbuatan” pada 2 perkataan (tadi) membentuk satu ayat ringkas. (Ibu saya lompat) – banyak kombinasi perkataan yang dapat dibuat menggunakan 50-70 perkataan tunggal yang bayi tahu.

Tahap 4

Bina ayat

Tahap 5

Buku. Standard buku yang dicadangkan:
  1. Mengandungi 50-100 patah perkataan
  2. Tidak boleh mengandungi lebih daripada satu ayat dalam satu muka surat
  3. Cetakan ketinggiannya mesti tidak kurang daripada 7-8 inci
  4. Teks mesti terasing daripada gambar
    1. Panduan mencipta buku cerita
      • Cipta atau pilih buku yang menggembirakan anak
      • Perkenalkan perkataan-perkataan tunggal yang baru sebelum membaca
      • Pastikan teks besar dan jelas
      • Pastikan anak anda membuka muka surat seterusnya yang mengandungi gambar yang menerangkan tentang ayat sebelumnya.
Pastikan ibu dan anak gembira melalui sesi membaca ini!!!

Nota:
Tips dan kaedah ini adalah merujuk kepada buku-buku yang dikeluarkan oleh Glenn Doman dan Janet Doman.