Soal Jawab 1
Assalamualaikum kepada semua Ahli Tutorial Online Kaedah DarwishDarwisya,
Soalan :Assalamualaikum Puan, Alhamdulilah,
saya dapat ikut step didalam tutorial ini. Cuma saya belum berjaya lagi
ubah jadual tidur anak (tak tidur lepas subuh & asar-maghrib)
Selalunya dia suka tidur lepas saya mandikan (pukul 6.30ptg) Kadang2,
lepas Isyak dia bangun… sampailah tgh malam masih tak mahu tidur. Waktu
Subuh, dia masih tidur lagi. Puan boleh bg cadangan?
Jawapan :Waalaikumussalam Puan, Saya
ada katakan dalam Video saya yang anak mesti mengelak tidur atau
ditidurkan waktu yang dilarang dalam Islam. Memang sudah menjadi biasa
dalam masyarakat kita untuk tidak mengambil berat tentang waktu tidur
asalkan bayi mereka sihat. Walhal, waktu yang dilarang ini mempunyai
penyakit yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar iaitu penyakit
mudah lupa. Saya cadangkan puan bangunkan anak puan waktu dia tidur yang
dibolehkan. Contohnya puan kata dia tidur waktu subuh, maka bangunkan
dia waktu subuh. Bila selalu rutinkan begitu, mudah-mudahan dia menjadi
seorang yang mudah untuk bangun solat subuh bila agak besar sedikit
nanti. InsyaAllah bila bangun awal maka dia akan mengantuk awal. Dia
akan tidur dalam pukul 12 keatas. Ini akan menyebabkan waktu asar dia
sudah terjaga dan tidak mengantuk lagi. Mudah-mudahan puan berjaya untuk
mengubah rutin.
No comments:
Post a Comment