Tuesday, August 5, 2014

APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG

Status Update
By Prof. Dr. Rozieta Shaary
APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG

Soalan:
Assalamualaikum ibu..sy ade ank sorang lelaki n sorang perempuan..bln 10 abg 3y..adk 1y2m..masalah sy..abg ni salu sgt pukul n tendang org..sy pn die pukul n tendang..mmg xdgr ckp..langsung xmkn saman..sebagai manusia biase kdg2 kesabaran sy ilang jugak..sy penah je pukul die ngan tgn..smpai tahap kalau sy da xleh control mmg sy bg je hanger kt die..tp nnt ble tdo mlm mula menyesal x sudah..tp perangai die sgt2 mencabar ksebaran nkeimanan..sy dok ngan fmly sbb hsbnd keje kt johor..sy kt shah alam..sy thu kdg fmly sy pn ilang sabar ngan kerenah die..mungkin ni balasan tuk sy yg dl salu xdgr ckp parents..tolong la sy ibu..

Jawapan:
Pertama, ucapan ribuat terima-kasih dan syabas kepada yang telah bertanya ini.

Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.

Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.

Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijap dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.

Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.

Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.

Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.

Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga.Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.

Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.

Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.

Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.

Itu sebabnya di dalam Hadith Qudsi;
Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku....

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.

Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.

Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.

Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.

Inilah O - Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.

Rumusan langkah-langkah yang perlu diambil:
1- Minta ampun dengan Allah - Solat Taubat
2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka
3- Maafkan diri anda
4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan
5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak.

Ibu mendoakan agar puan diberi Allah kejayaan dalam mendidik semua anak-anak puan.

No comments:

Post a Comment