Saturday, September 12, 2015

Keputusan UPSR

 
Ulasan menarik dr seseorg dlm fb...ttg komen saiful nang mengenai keputusan upsr
Copy paste..

Kalau nak bagi contoh org yg boleh digelak2an Tuan Haji SN, mungkin saya lah orgnya. Perjalanan hidup saya mmg terbalik dgn beliau.

Saya pelajar yg boleh dikategori cemerlang sejak darjah 1. Mendapat 5a, 8a,10a utk upsr, pmr, spm. Semasa buat ijazah di university of bristol, saya dpt biasiswa dari uni yg berjumlah £3000 kerana kecemerlangan dlm akademik.

Sekarang saya bertugas sbg seorg guru biasa. Duit tak byk. Tiada syarikat sendiri. Tiada klinik sendiri.

Suami punya jln cerita yg hampir sama. Skrg bertugas sebagai jurutera di syarikat minyak milik UK, tp ramai lg bekas schoolmates yg lebih senang hidupnya skrg, sdgkan dizaman sekolah hanya pelajar biasa. Drive kereta yg lebih besar, rumah lebih hebat.
 
Kalau ramai yg comment di sini berbangga dgn keputusan tidak seberapa ttp skrg dah kaya dan berjaya, nasihat saya sedikit berbeza untuk adik2.

Pendidikan itu penting, adik2. Di sekolah, kena fokus. Homework kena siap. Mesti dtg awal, bukan lepas rehat baru masuk skolah. Dtg sekolah setiap hari, jgn suka ponteng. Dari situ la adik2 belajar ketahanan diri. Disiplin. Komunikasi dgn kawan2. Cara hormat guru.


Cikgu bukan marah kalau adik2 tak dpt A. Cikgu marah kalau adik2, tak pandai jaga buku. Macam mana nak jg keluarga kalau buku pun asyik hilang...

Cikgu marah kalau adik2 tak siap homework, macam mana nnt adik masuk u bila assignment lebih byk.

Cikgu marah bukan sbb adik2 tak pandai buat persamaan kimia, cikgu marah sbb adik2 takde rasa tggjawab thdp diri sendiri. Tak rasa bersalah kalau tgk kawan2 dah boleh buat, awak hanya salin jawapan kwn. Itupun bagus kalau nak salin, budak skrg kalo tak siap kerja, dats it. Cikgu tak boleh buat apa.

Tak semua org nasibnya baik. Gagal di sekolah, tp hidupnya senang. Adik2 kena igt, brp ramai org susah diluar sana. Yg bukak bisnes pun bukan semua senang lenang dik.. Kalau nasib adik baik berbakat dalam bidang yg baik, macam fotografi, mungkin boleh sng. Tapi kalau bakat takde, akademik takde...

Usaha dahulu sebelum putus asa. Dari pengalaman cikgu, budak yg rajin jarang sekali keputusan teruk. Cuma yg dtg skolah tp dlm beg ada mercun dgn rokok , buku takde lgsg.. Yg tu biasanya gagal dgn hebat.

Cikgu tak anggap 1a tak bagus. Cikgu hny pandang usaha yg adik2 dah buat utk dptkannya. Cikgu yakin, semua cikgu berpendapat mcm tu.


Wlaupun cikgu tak kaya, cikgu gembira sbb dpt kongsi ilmu cikgu dgn pelajar. Mcm jugak doktor2 klinik kerajaan, mereka tak sekaya tony fernandes , tp ilmu yg dimiliki utk kebaikan org lain.
Belajar bukan nak kaya, belajar utk naikkan darjat kita dimata Tuhan. Di dunia mungkin miskin...
Untuk anak2 mummy pulak, insyaAllah mummy tak paksa korang blaja smpai lebam. Tp kalau main2 smbil blaja, mmg lebam korang mummy balun.

No comments:

Post a Comment