Wednesday, November 5, 2014
Thursday, September 11, 2014
Cara mendidik anak 1.5 tahun ^_^
By Nurul Ain
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Banyak yang aku pelajari daripada artikel ini. Sharing is caring.
Tuesday, August 5, 2014
Raya pertama Muhammad Syafi
Malam Raya.. Syafi kt rumah atok batu 3.. ada aktiviti takbir Raya & tahlil ^_^
Syafi join tahlil.... hebat x? hehhee
Pagi Raya Muhammad Syafi gerak ke rumah Moyang di Meru ^_^
Kt rumah moyang dapat jupe dgn Tok Ucu dan ramai lagi...
ada jugak family Tok Sam... Tok Atan
penuh rumah atok Uda ^_^
Raya pertama, ikut Baraan ke rumah Moyang Risah di Rantau Panjang ^_^
Kemudian singgah di rumah moyang di Tanjung Syawal & ini dirumah Moyang Kassim
Raya seterusnya, Syafi singgah di rumah canggah ^_^
Ini dirumah Moyang Usu di Batu Belah
Seterusnya, Syafi beraya pula di rumah Moyang Delek ^_^
Suasana Hari Raya Meriah bersama Syafi si budak tecik tomel2
ALHAMDULILLAH
Ramadhan Pertama Muhammad Syafi ^_^
(Akhir2 Ramadhan) Syafi tertidur dalam walker.. Keletihan berpuasa kot ehehhee
Lagi beberapa minit aje nk buka
Atok & nenek Batu 3 gelak sakan ^_^
Syafi berbuka puasa dirumah atok & nenek Uda di Meru...
selang 2 hari lepas tu Syafi demam pulak... sian dia
Kenangan Syafi berbuka di restoran makanan Arab, dapat baucer ^_^
7 bulan lebih Muhammad Syafi dah pandai tengok makanan dan menangis kalau tak suap
sikit makanan dalam mulutnya... Waktu Syafi paling kuat nangis adalah waktu buka puasa
sebabnya???
maybe.... waktu tu Syafi dapat tengok banyak makanan terhidang atas meja.... or...
Syafi cam tahu2 je orang berkumpul atas meja tunggu azan... bila sume orang makan, Syafi pun
mula laa menangis ehehhee
bijak Syafi ^_^
Syafi dapat rasa sikit daging kambing yg sedap tu...
APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG
Status Update
By Prof. Dr. Rozieta Shaary
APA NAK BUAT BILA ANAK AGRESIF SUKA MEMUKUL DAN MENENDANG ORANG
Soalan:
Assalamualaikum ibu..sy ade ank sorang lelaki n sorang perempuan..bln 10 abg 3y..adk 1y2m..masalah sy..abg ni salu sgt pukul n tendang org..sy pn die pukul n tendang..mmg xdgr ckp..langsung xmkn saman..sebagai manusia biase kdg2 kesabaran sy ilang jugak..sy penah je pukul die ngan tgn..smpai tahap kalau sy da xleh control mmg sy bg je hanger kt die..tp nnt ble tdo mlm mula menyesal x sudah..tp perangai die sgt2 mencabar ksebaran nkeimanan..sy dok ngan fmly sbb hsbnd keje kt johor..sy kt shah alam..sy thu kdg fmly sy pn ilang sabar ngan kerenah die..mungkin ni balasan tuk sy yg dl salu xdgr ckp parents..tolong la sy ibu..
Jawapan:
Pertama, ucapan ribuat terima-kasih dan syabas kepada yang telah bertanya ini.
Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.
Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.
Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijap dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.
Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.
Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.
Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.
Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga.Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.
Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.
Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.
Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.
Itu sebabnya di dalam Hadith Qudsi;
Hadith Qudsi berikut:
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku....
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.
Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.
Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.
Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.
Inilah O - Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.
Rumusan langkah-langkah yang perlu diambil:
1- Minta ampun dengan Allah - Solat Taubat
2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka
3- Maafkan diri anda
4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan
5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak.
Ibu mendoakan agar puan diberi Allah kejayaan dalam mendidik semua anak-anak puan.
Soalan:
Assalamualaikum ibu..sy ade ank sorang lelaki n sorang perempuan..bln 10 abg 3y..adk 1y2m..masalah sy..abg ni salu sgt pukul n tendang org..sy pn die pukul n tendang..mmg xdgr ckp..langsung xmkn saman..sebagai manusia biase kdg2 kesabaran sy ilang jugak..sy penah je pukul die ngan tgn..smpai tahap kalau sy da xleh control mmg sy bg je hanger kt die..tp nnt ble tdo mlm mula menyesal x sudah..tp perangai die sgt2 mencabar ksebaran nkeimanan..sy dok ngan fmly sbb hsbnd keje kt johor..sy kt shah alam..sy thu kdg fmly sy pn ilang sabar ngan kerenah die..mungkin ni balasan tuk sy yg dl salu xdgr ckp parents..tolong la sy ibu..
Jawapan:
Pertama, ucapan ribuat terima-kasih dan syabas kepada yang telah bertanya ini.
Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.
Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.
Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijap dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.
Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.
Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.
Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.
Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga.Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.
Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.
Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.
Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.
Itu sebabnya di dalam Hadith Qudsi;
Hadith Qudsi berikut:
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku....
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.
Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.
Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.
Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.
Inilah O - Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.
Rumusan langkah-langkah yang perlu diambil:
1- Minta ampun dengan Allah - Solat Taubat
2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka
3- Maafkan diri anda
4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan
5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak.
Ibu mendoakan agar puan diberi Allah kejayaan dalam mendidik semua anak-anak puan.
Saturday, July 5, 2014
Kesan tidak menjaga makanan yang diambil
Kesan mengambil makanan yang tidak halal & toyyibah,
ia akan merosakkan 5 perkara dalam hidup kita:
(1) Hati
(2) Amal
(3) Doa
(4) Keturunan
(5) Penghayatan hidup
Suatu hari,
Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad S.A.W., sambil bertanya:
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."
Rasulullah kemudian menjawab: “Perbaikilah makananmu maka do’a kamu akan mustajab.”
(Diriwayatkan oleh Thabrani)
- Ustazah Norhafizah Musa (Official) Bukan Sekadar Resipi
Wednesday, July 2, 2014
Penyelesaian Anak- anak Bergaduh Mainan
Kadang-kadang
kita berjumpa situasi emak ayah membiarkan saja anak-anak mereka
berkelakuan kurang baik di rumah orang atau dengan barang orang lain.
Contohnya, mengambil toys anak kita dan merosakkannya.
Kita faham kanak-kanak itu masih kecil dan nak dimarah pun rasa tak sesuai pula kerana mereka bertandang ke rumah anda.
Siapa pernah di dalam situasi ini dan bagaimana anda menyelesaikannya dengan baik?
Satu perkara lagi ialah anda sebagai ibu atau ayah melihat anak-anak anda berkelakuan kurang baik, seperti berebut toys dan menyakiti anak kawan-kawan anda di mana anda datang berkunjung?
Pernahkan anda di dalam situasi ini dan apakah yang anda lakukan dan telah berjaya memperbaiki keadaan?
Sila kongsikan.
Kita faham kanak-kanak itu masih kecil dan nak dimarah pun rasa tak sesuai pula kerana mereka bertandang ke rumah anda.
Siapa pernah di dalam situasi ini dan bagaimana anda menyelesaikannya dengan baik?
Satu perkara lagi ialah anda sebagai ibu atau ayah melihat anak-anak anda berkelakuan kurang baik, seperti berebut toys dan menyakiti anak kawan-kawan anda di mana anda datang berkunjung?
Pernahkan anda di dalam situasi ini dan apakah yang anda lakukan dan telah berjaya memperbaiki keadaan?
Sila kongsikan.
Jika ada yang ingin bertandang saya selalu tanya pada anak saya....
"adakah kamu mahu berkongsi permainan dengan si polan si polan?"
Jika jawapannya ya... maka saya akan benarkan dia mengeluarkan permainan untuk bermain bersama.
Jika mereka berkata tidak... saya akan menasihatkan mereka supaya menyimpan permainan tersebut.
Biasanya anak2 ni mereka sendiri sudah boleh determine siapa yang boleh dikongsi permainan.
Saya selalu ingatkan anak bahawa jika kita elak dari bergaduh, maka kita lagi setapak maju utk ke syurga.
Jadi anak2 ini sendiri akan merangka plan sekiranra bertemu pasangan bermain yg jenis"sukar" (sekalipun), konflik jika ada, tidak terlalu serious.
Jika pasangan bermain tersebut sangat sukar, maka biasanya anak2 saya akan memilih utk tidak mengeluarkan permainan, tetapi mereka akan mengeluarkan buku mewarna untuk mewarna bersama.
Alhamdulillah di rumah orang anak2 saya lebih behave. Ini kerana sebelum bertandang, saya akan berpesan dan mengingatkan mereka bahawa kita x blh makan selain dipelawa, tidak boleh mengambil barang orang melainkan diberi. Setakat ini Alhamdulillah mereka ingat.
Thursday, June 26, 2014
Waktu Tidur Bayi - Tutorial Online Kaedah DarwishDarwisya
Soal Jawab 1
Assalamualaikum kepada semua Ahli Tutorial Online Kaedah DarwishDarwisya,
Soalan :Assalamualaikum Puan, Alhamdulilah,
saya dapat ikut step didalam tutorial ini. Cuma saya belum berjaya lagi
ubah jadual tidur anak (tak tidur lepas subuh & asar-maghrib)
Selalunya dia suka tidur lepas saya mandikan (pukul 6.30ptg) Kadang2,
lepas Isyak dia bangun… sampailah tgh malam masih tak mahu tidur. Waktu
Subuh, dia masih tidur lagi. Puan boleh bg cadangan?
Jawapan :Waalaikumussalam Puan, Saya
ada katakan dalam Video saya yang anak mesti mengelak tidur atau
ditidurkan waktu yang dilarang dalam Islam. Memang sudah menjadi biasa
dalam masyarakat kita untuk tidak mengambil berat tentang waktu tidur
asalkan bayi mereka sihat. Walhal, waktu yang dilarang ini mempunyai
penyakit yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar iaitu penyakit
mudah lupa. Saya cadangkan puan bangunkan anak puan waktu dia tidur yang
dibolehkan. Contohnya puan kata dia tidur waktu subuh, maka bangunkan
dia waktu subuh. Bila selalu rutinkan begitu, mudah-mudahan dia menjadi
seorang yang mudah untuk bangun solat subuh bila agak besar sedikit
nanti. InsyaAllah bila bangun awal maka dia akan mengantuk awal. Dia
akan tidur dalam pukul 12 keatas. Ini akan menyebabkan waktu asar dia
sudah terjaga dan tidak mengantuk lagi. Mudah-mudahan puan berjaya untuk
mengubah rutin.
Tuesday, June 10, 2014
Mainan Syafi: Smart Shapes & Shape It
Hari ni Syafi dah masuk 6 bulan, 1 minggu & 6 hari... alhamdulillah.
Abi senyap2 je beli mainan ni. Katanya, untuk Syafi nanti boleh main.
Hahaha, sabar je la...
Nama mainan ni: Smart Shapes
Ada 4 jenis warna pasir yang berlainan & "shapes" sekali
haaa! ada sekali dengan buku panduan, senang kerja camni
antara bentuk2 yang kita boleh ajar anak...
dapat gerak otak kiri.. creativity ^_^
Nama mainan ni pulak: Shape It
Datang sekali dengan "Shape" & Pasirnya
Monday, June 9, 2014
Buku How To Teach Your Baby "Math" & To Swim
Alhamdulillah dah sampai buku yang diidam-idamkan. Time to read.
Cuma sedih buku How To Teach Your Baby Read dah habis.
Kata MPh, buku ni sudah tidak diprint lagi....
Oooh sedihnya...
Jadinya, sebab dah xde, umi pun beli la buku lain... terbeli 2 buah buku ^-^
Product ID | Title | Quantity | Price | Discount (%) | Discount Price | Subtotal | Status |
9780757001857 | How to Teach Your Baby to Read: The Gentle Revolution | 1 | 0.00 | 0 | 0.00 | 0.00 |
This title is out-of-print (no longer in publication). Therefore, we do apologize for we are unable to fulfill your order for this title. |
9789812688675 | Berlitz Arabic Vocabulary Study Cards | 1 | 39.90 | 0 | 39.90 | 39.90 | Substitute title added |
9780194596176 | Oxford Phonics World 1 Student Book With Multi-ROMs The Alphabet | 1 | 29.90 | 0 | 29.90 | 29.90 | |
9780757001840 | How to Teach Your Baby Math: The Gentle Revolution | 1 | 53.90 | 20.00 | 43.12 | 43.12 | Partial delivery on 09/06/2014 |
9780757001987 | How to Teach Your Baby to Swim: From Birth to Age Six | 1 | 59.90 | 20.00 | 47.92 | 47.92 | |
9789830974712 | Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu? | 1 | 21.00 | 20.00 | 16.80 | 16.80 | |
Grand Total: | 177.64 |
Grand Total: | 177.64 |
Total amount paid: | 161.74 |
Balance (To be paid): | 15.90 |
Sunday, June 8, 2014
Ajar Anak Matematik Kaedah Glenn Doman
Mengajarkan Matematik pada bayi dan kanak-kanak dengan Dot Cards (Kaedah Glenn Doman)
Menurut satu kajian yg dijalankan oleh Institutes of Achieving Human Potential, anak-anak dilahirkan dgn kebolehan untuk memahami kuantiti melalui penglihatan.
Berdasarkan kepada sebuah filem bertajuk Rainman yang telah diterbitkan
pada 1988 mengisahkan seorang autistik yang bernama Raymond mampu untuk
mengira jumlah pencungkil gigi yang jatuh ke lantai dengan hanya
melihatnya sahaja. Disini boleh dilihat bahawa otak manusia sungguh luar
biasa! Oleh itu tidak mustahil untuk melatih otak kanak-kanak menjadi
luar biasa dan mereka mungkin akan kehilangan kemampuan luar biasa ini
jika tidak dibantu atau diasah otak mereka menjadi seorang yang luar
biasa
Glen Doman telah memperkenalkan kaedah dots bagi membantu kanak-kanak belajar mengaplikasikan kebolehan tersebut.
Apakah KAEDAH DOTS?
Kaedah ini menggunakan kadimbasan dengan dots, menambahkan jumlah dots
di atas kad, memperkenalkankan kanak-kanak kepada kuantiti, kemudian
kepada operasi pengiraan melalui kuantiti tersebut, dan akhirnya
menguasai pengiraan matematik ke tahap yang lebih kompleks.
Oleh sebab kanak-kanak mempelajari operasi matematik dengan menggunakan dots(kuantiti)
tidak dengan angka (simbol yg tak bermakna!), maka mereka belajar
dengan cara MEMAHAMI bagaimana utk menyelesaikan masalah pengiraan,
berbanding dengan mengingat formula-formula untuk mendapatkan jawapan yg
tepat.
Apakah ia berkesan?
Keberkesanan kaedah ini pastinya bergantung kepada kanak-kanak itu
sendiri dan usaha kedua ibubapanya/guru. Melalui proses pembelajaran
kaedah ini.. insyaAllah dapat melatih dan menajamkan daya penglihatannya
serta anak-anak dapat menghabiskan masa dengan penuh berkualiti dan
menyeronokkan. Selamat mencuba! : D
Bahan yang digunakan:
- Seratus potong kertas manila putih berukuran 28 x 28 cm, masing-masing pada salah satu mukanya ada DOTS atau bola merah dengan diameter 2 cm.
- Bola-bola ini berjumlah dari 1 hingga 100 pada kad terkini. Dibalik kad terdapat angka yang menyatakan jumlah bola yang ada.
- Dots / bola digambarkan secara rawak / menegak di atas kertas tersebut.
- Seratus potong kad yang lebih kecil 14 x 14 cm bertuliskan satu angka merah setinggi 12.5 cm bermula dari angka 1 hingga 100 pada kad terakhir.
- Warna merah dipakai kerana ia akan menarik perhatian si anak.
A ) Mengenal Bilangan (Kuantiti)
Cara mengajarkan:- Ambil kad yang ada SATU bola merah sahaja. Sekarang angkatlah kad tersebut di luar jangkauan tangannya dan katakan kepadanya, "INI SATU". (Jangan sampai si anak melihat benda-benda lain.)
- Tunjukkan kepadanya sepantas mungkin. Dua atau tiga saat.
- Kemudian letakkan kad tersebut terbalik di pangkuan kita. Pada mulanya anda akan merasa janggal. Namun demikian, semakin kita mahir menggunakan kad-kad itu, semakin cepat anak kita dapat memahaminya. Perlu diingat bahawa angka hanyalah simbol yang mewakili nilai dari bilangan.
- Sekarang angkatlah kad kedua, dan katakan, "INI DUA".
- Lakukan seterusnya hingga kad berjumlah SEPULUH BOLA. Seluruh proses ini memakan masa kurang dari seminit.
- Lakukanlah setiap hari. Dalam masa lima hari ia telah mengetahui fakta-fakta nyata dari angka satu sampai sepuluh, tetapi jangan meyuruhnya untuk membuktikan hal itu lebih dahulu.
- Pada hari keenam, kita singkirkan kad 1 dari kesepuluh kad di pangkuan dan menambah kad 11.
- Pada hari ketujuh, kita singkirkan kad 2 dan menambah kad 12.
- Terus lakukan seperti itu hingga angka 100. Kegiatan ini kurang lebih akan memakan masa tiga bulan.
Yakinlah, kegiatan ini akan menghasilkan kemampuan anak yang luarbiasa. Kini ia akan dengan cepat dapat membezakan empat puluh lima bola dan empat puluh enam.
B ) Mengenal operasi TAMBAH
Pada hari ke-30, anda telah memperlihatkan hingga 35 bola. Semakin
banyak yang ditunjukkan bola-bola kepada anak bermakna anda mulai
mengajarkan operasi penambahan.
Langkah mengajarkan penambahan :
- Letakkan bola-bola merah berjumlah dua hingga sepuluh ( 2 – 10 ) di pangkuan anda.
- Semuanya menghadap ke bawah dan kad berbola dua (2) diletakkan paling atas susunan itu.
- Dengan semangat katakanlah, "satu tambah satu sama dengan dua " ( 1 + 1 = 2). Kemudian kita perlihatkan kad berbola dua. Perlihatkan tidak lebih dari satu saat. Jangan menjelaskan erti kata-kata "tambah" atau "samadengan". Katakanlah, "Satu tambah dua samadengan." Jangan katakan.. " satu tambah dua menjadi ...." Jika kita mengajar fakta-fakta kepada anak-anak, mereka dapat menarik kesimpulan tentang undang-undang-hukumnya lebih tepat dan cepat.
- Kemudian katakan, "SATU tambah dua sama dengan tiga" ( 1 + 2 = 3) hingga.. "satu tambah sembilan sama dengan sepuluh" ( 1 + 9 = 10 ) yang kemudian kita memperlihatkanhasilnya. Lakukanlah tiga kali pada hari pertama, sambil kita meneruskan untuk memperlihatkan kad-kad berbola sebanyak tiga kali sehari. Sebaiknya dilakukan ketika daya fokus anak sedang di kemuncak agar anak lebih mudah menangkap pembelajaran.
- Pada hari ke-31, ajarkan anak DUA tambah dua, tambah tiga, dan seterusnya hingga tambah lapan. (2 + 2... 2 + 8 ) Apa yang kita ajarkan adalah erti dari bunyi kata "tambah" dan "Samadengan".
Sampai hari ke-31 anak sudah mengenal jumlah yang sebenarnya sampai
dengan 40 dan telah dapat menambah dalam gabungan kesemua yang ada
sampai dengan 10. Pada tahap ini, anak telah memahami operasi "tambah"
dan "Samadengan" walaupun kita tidak memberitahunya.
Mulai hari ke-36, kita tidak perlu mengajarkan dengan urutan tertentu lagi. Anak sudah memahami. Sekiranya anak diberikan soalan penambahan maka dengan cepat ia akan mampu untuk menjawab.
C) Mengenal operasi TOLAK
Pola ini sama dengan pola penambahan.- Katakan "sepuluh tolak satu samadengan sembilan " (10 – 1 = 9). Dan perlihatkan sejenak kad berbola sembilan. Kemudian katakan "sepuluh tolak sembilan samadengan satu" (10 – 9 = 1).
- Pada hari ke-41 ajarkan anak mulai dari duapuluh tolak satu sampai dengan dua puluh tolak sembilan belas. (20 – 1... 20 – 19) Maka anak2 anda sekarang sedang menerima sembilan waktu belajar yang ringkas setiap hari dengan mengikut urutan seperti berikut: Kad-kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan, kad nombor, penambahan, penolakan. Pada hari ke-42 mulakan dengan tigapuluh tolak satu hingga tigapuluh tolak duapuluh sembilan (30 – 1... 30 – 29).
- Pada hari ke-43 mulakan dengan soalan2 penolakan dalam bentuk dan urutan yang tidak teratur sehingga jumlah 48. Contoh; 31 – 2... 48 – 29... 20 – 10... 34 – 6...
D) MEMECAHKAN SOALAN.
Kini anak akan mula diajar tentang memecahkan soalan, ingat bukan mengujinya lagi. Mulakan dengan bilangan-bilangan nombor.
- Berlutut menghadap anak. Ambillah kad dengan 18 bola dan 25 bola.
- Kemudian mintalah si anak untuk menunjuk pada 25. Permintaan ini diajukan sambil lalu dan riang.
- Jangan suruh anak mengucapkan dua puluh lima, sebab kita bukan sedang mengajar anak berbicara, tetapi sedang mengajar matematik!
- Jika anak agak lambat untuk menjawab, katakan dengan gembira, "Yang ini, bukan?" sambil mengangkat kad 25 bola. Inilah cara mengajar yang jujur.
- Ulang lagi sehingga anak dapat menunjuk dengan betul. Jika ia dapat menjawabnya, pujilah dan peluklah. Katakan kepadanya dia seorang anak yang terpandai yang pernah kita kenal. Hal ini memang betul bukan? Apabila kita berjaya menimbulkan kegembiraan, anak akan mudah menaruh minat pada matematik untuk selamanya. Anak akan menjadi yakin bahawa matematik lebih seronok berbanding "Gula-gula". Teruskan mengajar seperti itu dan InsyaAllah anak2 akan lebih cepat meningkatkan prestasinya : )
- Kemudian beralih pula kepada operasi tambah dan tolak.
- Jangan berikan waktu khusus untuk memecahkan soalan-soalan, tetapi cuba campur adukkan atau lakukannya bila-bila masa sahaja apabila anak merasa senang. Jangan beri tekanan kepada anak.
D) Mengenal operasi DARAB
- Hari ke-50, katakan kepadanya kita ingin mengajar pendaraban. Lakukan hal yang sama seperti dahulu.
- Lalu katakan, "dua darab dua samadengan empat" (2 x 2 = 4) sambil memperlihatkan kad berbola empat. Teruskan sampai "Dua darab lima samadengan sepuluh" (2 x 5 = 10).
- Pada hari ke-51, mulai dengan "tiga darab tiga samadengan sembilan’’ (3 x 3 = 9). Akhirnya "tiga darab lapanbelas samadengan lima puluh empat" (3 x 18 = 54) .
- Sampai hari ke-58 kita sampai kepada "sepuluh darab enam samadengan enam puluh "(10 x 6 = 60). Pada waktu mengajarkan pendaraban kita boleh menyelitkan satu soalan perdaraban.
E) Mengenal operasi BAHAGI
- Pada hari ke-60 katakan kepada anak kita mengajar operasi bahagi.
- Bermula dengan "Empat bahagi dua samadengan dua" (4 / 2 = 2) hingga “enam puluh empat bahagi dua samadengan tigapuluhdua" (64 / 2 = 32) .
- Pada hari ke-68 kita sampai pada "tujuh puluh dibahagi sepuluh samadengan tujuh" (70 / 10 = 7).
Kadang-kadang cuba selangi dengan soalan pembahagian.
F) Persamaan
- Pada hari ke-70, kita mula mengajar anak persamaan. Katakan kepadanya kita sedang mengajarkan persamaan dengan riang gembira.
- Sebetulnya anak sudah mengetahui semua persamaan dua langkah. Sebab, memang 2 + 3 = 5, 70 – 31 = 39, 8 x 8 = 64. 2) Sekarang berikan soalan persamaan tiga langkah. Contohnya "tujuh tambah tigabelas tolak tiga samadengan tujuhbelas” (7 + 13 - 3 = 17). Kemudian perlihatkanlah kad berbola 17.
- Setelah kita mengajarkan tiga langkah persamaan maka lanjutkanlah dengan langkah-langkah yang lain.
G) Mengenal ANGKA.
- Langkah ini amat mudah. Sekarang kita mengambil kad2 yang bertuliskan angka (kad dgn ukuran 14 x 14 cm).
- Angkat kad yang bertuliskan 1 berwarna merah, dan katakan "ini satu".
- Lakukan seterusnya hingga hari ke-99. InsyaAllah.. anak akan mengetahui semuanya
Yakinlah apa yang kita ajarkan akan menghasilkan keputusan yang memuaskan. : )
(Sumber: Drajat, penulis buku "Bersahabat dengan Matematika")
Ajar Anak Membaca Kaedah Glenn Doman
Ajar Anak Membaca - Glenn Doman
Kaedah membaca yang perlu ditempuhi oleh setiap anak adalah sama pada setiap usia.
Tahap 1
Mula dengan 15 patah perkataan (yang familiar dan digemari oleh bayi)
- Hari 1 : 5 perkataan (set 1), imbas dan sebut perkataan yang tertera >>> 3 sesi
- Hari 2 : 5 perkataan (set 2) + (set 1) >>> 3 sesi
- Hari 3 : set1+set2+set3 >>> 3 sesi
- Hari 4 : 2 set SELF words (+set1+set2+set3) >>> 3 sesi
- Hari 5 : Sisihkan satu perkataan dalam Set 1, dan tambahs atu perkataan Set 4
Mula dengan SELF words (Tubuh Badan) – kemudian HOME words (Alat dalam rumah dsb)
(50 patah perkataan termasuk 15 perkataan pertama dalam set 1-2-3)
Tahap 2
Ajar bayi bina 2 perkataan (biar anak yang pasangkan perkataan . Buat
pasangan perkataan sebanyak yang mungkin dari perkataan yang bayi dah
tahu. (mudahnya, ajar perkataan warna atau sifat – besar, kuat, panjang
dsb)
Tahap 3
Ajar frasa. Tambah 1 perkataan “perbuatan” pada 2 perkataan (tadi)
membentuk satu ayat ringkas. (Ibu saya lompat) – banyak kombinasi
perkataan yang dapat dibuat menggunakan 50-70 perkataan tunggal yang
bayi tahu.
Tahap 4
Bina ayat
Tahap 5
Buku. Standard buku yang dicadangkan:
- Mengandungi 50-100 patah perkataan
- Tidak boleh mengandungi lebih daripada satu ayat dalam satu muka surat
- Cetakan ketinggiannya mesti tidak kurang daripada 7-8 inci
- Teks mesti terasing daripada gambar
- Panduan mencipta buku cerita
- Cipta atau pilih buku yang menggembirakan anak
- Perkenalkan perkataan-perkataan tunggal yang baru sebelum membaca
- Pastikan teks besar dan jelas
- Pastikan anak anda membuka muka surat seterusnya yang mengandungi gambar yang menerangkan tentang ayat sebelumnya.
Pastikan ibu dan anak gembira melalui sesi membaca ini!!!
Nota:
Tips dan kaedah ini adalah merujuk kepada buku-buku yang dikeluarkan oleh Glenn Doman dan Janet Doman.
Friday, May 30, 2014
Suntikan Vaksin Pneumococcal
Soalan:
Saya ingin bertanya tentang vaksin Nasimino Cocers yang iklannya ada disiarkan di televisyen. Adakah vaksin ini diberikan oleh Kementerian Kesihatan atau saya perlu mendapatkannya di klinik/hospital swasta? Saya bimbang jika anak saya terlepas mana-mana vaksin. Kini dia berusia setahun dan mendapat suntikan vaksin daripada klinik kerajaan.
Jawapan:
Suntikan yang dimaksudkan itu adalah suntikan pneumococcal. Ia adalah suntikan tambahan dan tidak boleh didapati di klinik kerajaan. Suntikan ini adalah untuk mencegah jangkitan kuman di otak (meningitis), radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan kuman di telinga (otitis media). Anda boleh mendapatkan suntikan tersebut di klinik atau hospital swasta yang berhampiran .
Sumber disini
Tuesday, May 27, 2014
Hari ni Syafi dah berusia 6bulan, alhamdulillah
ASOTV Baby Bullet Food Blender
Pagi2.... rai besday Syafi harini dgn puri
labu, kurma ajwa (opah bwk dr madinah) & mangga manis (semalam Syafi
nangis bila xdpt mangga masuk dlm mulut dia). Hari ni, bg sikit, utk
rasaaa aje.
Pagi2, g kedai cari labu... beli separuh je harga RM2.85
Mula, ternampak abang kupas mangga. Teringat yg semalam Syafi nangis sbb dia tak dapat rasa buah ni dengan puas. Dapat nyonyot aje ehhehee... Sian dia tengok umi & abi makan depan2.
So, aku pun blend dulu mangga yg manis tu. Terus bg Syafi.
Wah, sukanya Syafi dapat rasa... makan dengan heppi sekali.
<<sikit je mangga ni kasi Syafi rasa, mangga ni manis sangat>>
<<Texture puri mangga ni cam kasar2 sikit>>
Then, aku kupas kulit labu & rebus dalam pressure cooker.
Kejap je dah lembut. Senang & cepat. Tadi terbubuh air banyak.
Dalam 10minit jugak lah ambil masa...
<<< texture labu ni nampak lembut je kan>>
Dalam suam2 tu terus bg Syafi labu. Alhamdulillah, Syafi suka juga.
Makan pun laju jer. 5 minit lepas tu, dah mula slow hehheeee.
Aku assume dia dh kenyang. Yela, kalau aku makan labu mmg cepat kenyang.
Maybe Syafi pun camtu gak.
Tetiba aku teringat kurma ajwa yg Cik Wa bawa dari madinah.
Aku lah yg order tu ehehhee... 1 paket tu RM45, Cik Wa beli 1/2kg aje.
<<Kurma ni kena blend dgn air sikit baru lepas mesin nk buat keje>>>
Aku blend kurma ajwa dalam 5 biji aje. Wow!! Paling laju sekali Syafi makan.
Maybe kurma ni manis.
Apa2pn say alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)